Friday, July 1, 2011

Apa perlu buat kalau anak demam atau sawan?

Demam bukanlah satu yang patut kita runsing. Ia merupakan petanda bahawa anak kita sedang melawan virus atau kuman yang masuk dalam badan dia. Dalam proses badan cuba melawan, suhu akan meningkat.

Cara terbaik adalah biarkan badan melawan penyakit itu sendiri tanpa bantuan sebarang ubat. Tapi, kalau yang demam itu adalah anak kecil dibawah 5 tahun, anda perlu berhati2.

Lazimnya kanak2 dibawah umur 5 tahun masih lagi dalam proses membina antibody badan mereka. Jadi, sesetengah mereka tidak mampu mengawal suhu badan apabila demam hingga suhu menjadi tinngi sehigga boleh menjadi sawan.

Jika anda ada anak kecil, pastikan jangkasuhu ada dalam simpanan. Jangkasuhu yang boleh mengenalpasti suhu dalam tempoh masa kurang 1 saat adalah yang paling baik, tapi harganya mahal sedikit. Suhu 37.6 Celcius adalah tanda awal demam.
Contoh infrared ear thermometer

Jika anak anda demam yang tinggi, apa yang perlu anda buat ialah :
1. Pakaian haruslah nipis. Jangan selimutkan mereka kerana ini akan memerangkap haba.
2. Lapkan kain basah keseluruh badan anak. Ulangi setiap 1 jam, 30 minit atau 15 minit mengikut keperluan.
3. Berikan ubat demam mengikut sukatan yang dicadangkan oleh doktor setiap 6 jam sekali. Percepatkan kepada 4 jam sekali jika suhu meningkat dengan lebih cepat.
4. Selalu beri minum air, jus buah, teh atau susu mengikut kesukaan anak anda. Kalau perlu... paksa. Kerana badan akan kehilangan banyak air ketika demam.

Selalunya, paling lewat selepas 1 jam makan ubat demam, anak akan mula bertindak balas dengan mengeluarkan peluh dan suhu akan kembali normal. Jika ini tidak berlaku, dan suhu badan masih tidak berubah dalam 1-2 jam, janganlah tunggu lagi. Bawalah ke doktor.

Jika suhu tidak dapat dikawal, kebarangkalian sawan boleh berlaku pada anak. Andai ini terjadi,

1. Jauhkan anak anda dari benda2 merbahaya seperti perabot, api... kemudian longgarkan pakaian terutama dibahagian leher.
2. Baringkan anak anda dalam kedudukan mengiring atau meniarap supaya air liur atau muntah tak tertelan kembali (pastikan jangan terlentang)

3. Jangan alaskan tilam atau apa2 bantal.
4. Basahkan badannya jika suhu tinggi.
5. Jangan masukkan sesuatu yang keras diantara giginya bagi mengelakkan gigi anak anda rosak.
6. Selalunya, sawan adalah singkat dan tidak berlarutan. Setelah dia selamat, dapatkan bantuan atau bawa terus ke hospital.

Keputusan untuk bawa No 3 hospital hari tu adalah sebab demamnya yang tak turun2 walaupun selepas diberi ubat demam dalam dos yang betul. Selain itu, sebab nafasnya kelihatan penat. Malam dia dihospital, suhunya naik ke 39C walaupun setelah 1 jam makan ubat. Nurse telah letakkan tilam ais untuknya tidur sepanjang malam itu. Alhamdulillah, hari kedua, demamnya dah kebah.


Harap maklumat yang aku dapat dari hospital ni.. membantu ibu2 diluar sana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...