Monday, July 11, 2011

susah rupanya menyusun perabot pejabat ni....

Pening kepala aku...
Pusing kiri nampak semak..
Pusing kanan nampak serabut...
Letak tengah nampak sempit...
Susun almari keliling bilik... nampak penuh...
Haih...

Aku ni bukannya pereka dalaman...
Nak upah pereka dalaman sekadar nak mengubahsuai kedudukan perabot kat pejabat sekangkang kera aku ni... melampaulah tu....
Masalahnya... rak buku warna hitam, meja kerja warna hitam, rak fail warna hitam... nasib baik langsir warna biru...

Dahlah tu... kotak bahan pembelajaran sem2 lepas ni jadi satu lagi masalah.
Nak dibuang kang.... ada pulak MQA nak datang audit... katanya kena simpan dalam 5 semester...
Nak kusimpan... bukannya tugasan budak2 ni sikit... satu sem jek dah ada paling kurang 3 assignment... itu baru satu kelas...

Apa nak buat niiii....
Dulu takda rak buku... takda tempat nak letak barang
Skang dah dapat rak buku tambahan... penuh pulak bilik ni....

Oklah... aku nak try pusing meja ngadap pintu masuk plak...
Camner gaknyer gayanyerrrr...

Ini bukan bilik aku .... :P

3 comments:

aleen aiden said...

hahah.klo langsir pon kaler itam.silap gaya anda sume dselubungi kegelapan.huuu

KAMIHIDUP said...

peh, kalau dapat meja pejabat macam tu, sedapnya. :)

Nora said...

@aleen, langsir biru tu pun dah masuk 5 tahun dah :)

@kamihidup, meja tu hanya untuk bos sahaja... kuli macam kita ni hanya boleh mimpi :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...