Saturday, April 30, 2011

cari langsir...

Aku tengah mencari langsir baru untuk umah.
Nak cari yang dah siap jek.
Malas nak tempah.... jahit sendiri lagilah tak sempat.
Adik aku kan nak kawin...
Umah mak dah siap bercat baru, berlangsir baru, bertikar baru.

Ada tak online shop yang jual langsir dah siap.


Takyah scallop2 cenggini pun ...
Nak yang murah2 jek... asal berganti langsir.
Banyak online cadar pengantin jek...
Aku ni pengantin lame hehehehe.....

Nak gi cari kat kedai... hmmmm... bilelah nak gi.
Takda orang nak tengokkan budak bertiga tu...
Jenuh dah aku cari online... ada bukan takda cumer tak banyak pilihan.
Korang ada suggestion kedai online jual langsir yang best tak?

monyet menyerang keretaku...

Citer masa balik kampung ari tu.

Aku dan hubby bawak budak2 pusing2 tanjung emas. Tau kat mana? Kat muar, Johor.
Kitorang pergi tengok monyet macam takde keje lain ... eheh

Nampak tak?

Kitorang tak bagi makan, tak berani.
Ni bukan monyet dalam zoo... dia memang tinggal kat hutan bakau tepi sungai muar ni.
Ada gak orang bagi makan kacang, keropok, apa2 lah.
Diorang tunggu jek.

Hubby aku nak bukak cermin pun aku tak bagi.

No. 3 tak takut pun. Dia cakap ... shuh...shuh :)

Lama gak kitorang kat sana. Bila nak jalan, kitorang gerak pelan2. Takut monyet tu ada kat atas bumbung keta. Yang bersepah kat jalanraya pun banyak gak.

Setiap kali balik kampung, ini memang aktiviti yang anak2 aku tunggu. Suka perhati gelagat monyet2 ni.

Bye bye monyet :)

Wednesday, April 27, 2011

dah balik

Dah balik malam semalam.
Kejap betul masa berlalu.
Letih tapi seronok.
Penat tapi gembira.
Aku dah sedia untuk start balik keje.
Harap boleh terus masuk gear 3... Laju sket :)

Flashback what happen during this holiday..

Persediaan kenduri...

Puding pelangi... sedap :)

Bontrot untuk jemputan. Dalam ni ada bahulu dengan jelly kelapa.

Kuih kole kacang. Sedap gak.


Ruang buffet. Nasi beriani dan lauk pauk. Untuk nasi putih, ada lauk rebung masak lemak dan ulam-ulaman.

Ramai orang datang... rasanya dalam 130 orang... tak termasuk keluarga sendiri. Abah aku dah siap cemas takut tak cukup makanan. Tapi, Alhamdulillah. Cume lauk kambing beriani jek tak cukup, sebab tu lauk kekah adik ipar aku, sekor jek kambing. Tapi laun lain banyak lagi.

Selepas kenduri...


Pinggan mangkuk tengah tunggu nak masuk almari. Yang lain dah kemas, tinggal ni jek.

Meja dan khemah nak dinaikkan atas lori. Yang ni aku tak tolong :P

Walaupun tak masak sendiri, tetap kena kemas sendiri. Basuh pinggan mangkuk mana yang patut, susun balik meja dan kerusi dikedudukan asal. Tapi adik ipar aku amik assistant, habis semua diorang tolong kemas termasuk basuh bilik air... hehehehe

Hari ni aku cuti lagi. Nak settelkan beberapa hal lagi sebelum naik keje. Apa die? Adalah :)

Tuesday, April 26, 2011

cermin pecah...

Bila dah masuk 4 hari di rumah tokmak diorang, maknanya dah selesa sangat macam umah diorang sendiri. Mulalah tunjuk perangai yang tak hengat tu...

Hmmm... anak2 akulah.

Semalam no 3 pecahkan dulang.
Hari ni no 1 dan no 2 pecahkan cermin almari ucu diorang.
Nasib baik takda yang cedera...
Kalau tak... aku yang menangis tak berlagu.
Macam2 hal...

Monday, April 25, 2011

tengah cuti... takda idea nak update

Hari ni cuti lagi... hubby pun cuti gak lagi.Esok baru dia keje. Rabu baru balik.
Mood cuti memang melalaikan ...heheheh
Malas tul nak ingatkan keje kat pejabat tu...
Jeling2 mana yang penting jek... yang lain tunggu naik cuti...
Tak kiralah... lama betul tak dapat rehat puas2 macam ni...
Walau penat dengan keletah anak2... tapi otak tak penat :)



Tengahari ni nak jenjalan... tak gi mana pun. Window shopping jek dengan anak2.
Kalau rasa2 berkenan nanti... boleh shopping apa2 yang patut :)

skali skala apa salahnya kannnn...:)

Nak gi mandilah... anak2 dah siap... mak dia plak nak wangi2... :)
Bye...

Sunday, April 24, 2011

majlis dah selesai

Alhamdulillah, selesai dah majlis malam tadi. Kenduri start lepas Isya'. FIL jemput kawan2 dia kat masjid dan orang kampung.

Ramai kawan2 abah yang katanya tak dapat datang, tapi hadir juga malam tadi. Itu rezeki namanya kannn...

Hari ni proses mengemas mana yang patut. Walaupun tak masak sendiri, tapi pinggan mangkuk dan umah kenalah kemas sendiri :) Tapi adik ipar aku ada upah helper. Ptg nanti dia datang tolong mak mana yang patut. Takda banyak sangat nak buat, just nak bersihkan, mop lantai dan kemas balik perabut yang dah berubah tempat.

Anak2 aku punyelah eksited, sampai bangun lambat pagi tadi. Letih... bukan letih menolong... letih berlari ... main kejo2. Bila pagi tadi tengok budak 3 orang tu ok, aku happylah sket. Bimbang diorang batuk jek :)

Klah... tak sempat nak BW weekend ni. Len kali aku singgah ekk umah korang.
Wassalam (",)

Saturday, April 23, 2011

Selamat pagi :)

Assalamualaikum,

Aku kat kampung dah ni.. umah MIL aku. Malam ni ada kenduri doa selamat. Tapi FIL aku buat lepas Isya'. Jemput jemaah masjid.

Lama dah FIL aku nak buat kenduri ni... tapi menantu dia yang sorang ni tak dapat nak cuti. Memanjangggg sibuk. Nasib baik kelas dah abih. Minggu depan start dah exam. Tapi takpa sebab aku tak jaga exam :)

Ok. Kalau ada masa aku update malam ni. Nak kemas umah .. tolong apa2 yang patut. Tak masak sendiri, tempah jek. Senang dan cepat :)

Friday, April 22, 2011

Kemahiran sebagai seorang ibu

Bagi bakal2 ibu, ada banyak kemahiran yang perlu kita belajar untuk menjadi seorang ibu yang tidaklah sempurna tetapi bolehlah dijadikan contoh.

Antara kemahiran yang perlu diasah ialah :

1. Memasak
Bukannya kena pandai memasak, tapi tahu memasak adalah satu keperluan untuk seorang ibu. Kalau kita masak sendiri makanan untuk anak2, dapatlah kita tahu lebih garam ke, kurang gula ke, segala bahan kita yang masak... taulah kita berapa banyak kalori yang anak makan. Lagipun kalau tahu masak, taklah kita selalu no nyinggah kat kedai. Jimatlah sket duit. Macam No 1, dulu masa maknya tak pandai masak roti sendiri , asyik2 ngajak ke Season. Skang ni taklah sedap no maknya masak... tapi bolehlah buat makan , dia pandang sebelah mata jek :)

2. Menyanyi
Bila ada anak nanti, kenalah pandai menyanyi untuk tidorkan anak2. Tak sedap takpa, asal pitching tak lari... oklah tu.

3. Bercerita
Masa nak masuk tidur, kalau rajin bacakan cerita untuk anak2... dapatlah mengembangkan imaginasi diorang. Tapi... nak bercerita kenalah ada intonasi dan gaya yang boleh buat diorang tertarik nak dengar. Kena belajar tuuu... cer carik cikgu BM... diorang boleh jek ajarkan :)

4. Mengaji
Kalau kita antar diorang mngaji dengan ustaz sekalipun, takkanlah kita tak semak bacaan dia langsung. Kalau kita tak tahu mengaji, camner nak tau dia baca tu betul ke takkk...

5. Psikologi anak2
Perkembangan psikologi anak2 adalah berbeza mengikut usia mereka. Ilmu ini membolehkan kita memahami kenapa anak kita marah, merajuk, menangis mahupun gembira.Yang ni, aku memang tak berapa mahir... sebab pembelajaran aku setakat buku. Tapi, macam kakak senior aku pesan, tak tau kenalah belajar. Dapat ilmu sikit2 bolehlah buat bekalan mendidik mereka dari kecik lagi.

6. Agama
Agama itu adalah pegangan hidup. Ilmu itu membentuk sikap, amalan dan tingkahlaku kita sekaligus cara kita mendidik anak-anak. Kalau di Johor, ada modul sakinah yang membimbing ibu2 tentang keperluan pendidikan anak2 dari lahir hinggalah ke liang lahad.

Ada kemahiran lain ke? Tambahlah... boleh kita kongsi untuk mendidik anak2 kita nanti.


Dari seorang ibu kepada ibu dan bakal ibu2 di alam maya :)

Thursday, April 21, 2011

Tadika murah tiada kualiti

Baca kat blog Zalia ni... Dia cerita pasal perkembangan anaknya setelah masuk Tadika Masjid.

Terbuka hati nak share... pasal statement orang tentang " Yuran Tadika Murah maknanya ia tak berkualiti".

No 1 masuk tadika Kemas. Korang tau tak apa tadika Kemas? Cuba klik sini. Yurannya cume RM20 sebulan. Awal tahun jek ada lebih sket sebab kena beli baju, buku dan alatulis. Tak banyak mana, dalam RM200 jek. Kelas dari 7.30 pagi hingga 11.30 pagi. Siap makan lagi.

Masa No 1 masih baby, hubby dah bagi signal nak antar anak ke tadika yang famous. Biasalah anak no 1... semangat berkobar2 nak tengok anak tu masuk Univ sejak dari baby lagi. Pendidikan awal tu kan snagat penting.

Dia kata...
tadika kemas tak belajar... gi sekolah makan dengan main jek.Kawan dia cakap
nanti naik darjah satu tak boleh baca... kena masuk kelas belakang... sekarang darjah satu takda dah belajar membaca lagi... kawan dia cakap

Tapi aku tak setuju. Aku tetap nak masukkan kat Tadika kemas depan umah mak aku. Sebab senang nak pantau dan aku ada kepercayaan bahawa tadika adalah satu platform untuk anak aku bersosial. Aku tau yang Tadika kemas ada aktiviti permainan, tarian dan macam2 lagi aktiviti,... bukan sekadar belajar sahaja. Malah ada ajar jawi dan sembahyang. Doa2 harian dijadikan amalan dilidahnya. Anak2 kita ada pelbagai kepintaran seperti visual, verbal, kinestetik, dan macam2 lagi. Kalau sekadar dididik supaya kenal huruf dan nombor sahaja... alangkah bosannya hidupnya masa kanak2.

Mungkin orang lain tak setuju. Tapi tiada kajian yang dibuat membuktikan bahawa pembelajaran di tadika mahal adalah lebih baik dari pembelajaran di tadika murah. Bukanlah juga tadika murah lebih baik dari tadika mahal. Tiada perbezaan yang signifikan sebenarnya. Kalau ada, sila betulkan saya. Keputusan kita hanya bersandarkan kepada persepsi sahaja.

Aku percaya, bukan yuran menjadi faktor pencapaian anak kita. Kenali dulu gurunya :)

Wednesday, April 20, 2011

Tukar header baru

Saja-saja gatal tangan.
Tukar header baru... Background color jek... Tanak letak apa2 gambar.

Lama...

Baru...

Takdalah banyak sangat beza...
Sebab theme msih sama, hijau menenangkan.
Cuma suka-suka :)

2 hari lagi jek keje...

Tinggal 2 hari lagi keje... Pastu cuti seminggu... yippeeee :)

Tak sabarnya rasa... walaupun cuti tak bermakna rehat tapi tetap sukeee :)
Boleh buat aktiviti yang aku suka....
Boleh ajak abah budak2 ni shopping...
Boleh lupakan kejap keje yang melambak2...

Tapi kena balik kampung dulu sebab ada kenduri...
Hmmm... bestnya nak balik sana...
Anak2 aku suka sangat balik umah tok abah diorang...
Boleh main kejar2 satu umah :)

Tapi 2 hari ni jugaklah kena siapkan mana yang penting...
Malaslah kalau bos tepon masa tengah cuti...
Kacau jekkkk :P

Betul ke boleh lajukan broadband?

Jumpa kat blog ni, dan ni, dan ni tentang cara untuk lajukan broadband.
Sebenonya, myhubby yang jumpa kat link apesal.com. Dia cuba pastu suruh aku buat guna line broadband yang aku baru beli. Eh.. belum citer lagi ekk pasal line mana aku amik. Len kali ekk aku citer.

Pasal ni... bila dia suruh, aku buat jelah. Tapi kepala aku tak masuk. Macam ye ye aaa jek. Rasa macam laju tapi takut persepsi aku jek kot.

Maka, sebagai penyelidik aku pun buatlah satu eksperimen.

Persoalan Kajian :
Adakah terdapat perbezaan diantara penggunaan kaedah yang dicadangkan oleh budakbotak terhadap kelajuan line internet?

Hipotesis Kajian:
Hipotesis null menyatakan bahawa tiada perbezaan diantara penggunaan kaedah yang dicadangkan oleh budakbotak dengan cara biasa terhadap kelajuan line internet.

Kekangan kajian :
Penyelidik tidak mengambilkira faktor-faktor lain seperti yang diperkatakan oleh Solehan.com.

Methodologi Kajian:
Langkah 1 - connect broadband, tunggu sampai stabil, buka www.speedtest.net dan semak kelajuan line.

Langkah 2 - masih menggunakan line yang sama ( maknanya ip yang sama), guna kaedah yang dicadangkan oleh budakbotak, tunggu sampai stabil, buka www.speedtest.net dan semak kelajuan line.

Dapatan Kajian :
Hasil dapatan dari langkah 1 ialah dalam rajah berikut.


Hasil dapatan dari langkah 2 ialah dalam rajah berikut.


Keputusan Kajian :
Keputusan kajian menunjukkan bahawa hipotesis ditolak.
Kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan peningkatan dari segi kelajuan upload sebanyak 0.61Mbps dan download sebanyak 0.01Mbps diantara penggunaan kaedah yang dicadangkan berbanding connection biasa.

Pembetulan : Bukan meningkat tapi menurun. Dalam kata lain, 1.79Mbps download time adalah lebih laju berbanding 1.18Mbps. Hipotesis tetap ditolak kerana memang terdapat perbezaan, tapi penggunaan kaedah yang dicadangkan menyebabkan speed lebih perlahan.

Cadangan Kajian Lanjutan:
Apakah kesan terhadap komputer yang menggunakan kaedah diatas dalam tempoh masa yang lama sebagaimana yang dinyatakan oleh Solehan.com.

Apa kata anda ?

Tuesday, April 19, 2011

penaik semangat

Sampai tempat keje pagi tadi, ada something gantung kat pintu.
Benda ni...

Dalam dia ada surat. Rupa2nya anak muridku yang bagi.
Sejuk betul rasa hati bila baca surat diorang ni.
Tiba2 naik semangat untuk terus menabur bakti.
Menyampaikan ilmu yang tak seberapa tinggi.


Terima kasih pembakar semangatku.
Aku tau, ni bukan ampu.
Sebab final belum lepas lagi.
Kamu ikhlas memberi, daku ikhlas menerima.


Ku halalkan segala ilmu yang kucurah selama ini.
Usahalah sungguh2 untuk periksa akhir nanti. Semoga ramai2 dapat A.
Pasti berlebih2 lagi terbakar semangatku ini (",)

Monday, April 18, 2011

no pin untuk mesin atm

Singgah bank pagi tadi. Nak masuk duit sket. Buat bekalan anak2 dimasa depan. Almaklumlah... hidup kita nak tak pasti lagi berapa lama... kalau2 sampai masa esok... ada jugaklah bekalan sket buat anak2 ... taklah menyusahkan mereka2 yang terpaksa membesarkan anak2 aku dikemudian hari.... apa plak aku emo pagi2 ni...

Sebenarnya nak citer situasi kat bank tadi.

Ada satu anak dengan bapak dia ni gi bukak akaun bank skali dengan kad atm.Bila siap, kerani bank tu pesan supaya terus tukar no pin yang bank bagi.
Satu lagi pesan dia... tolong jangan gunakan no matrik mahupun no kad pengenalan atau tarikh lahir sebagai no pin atm.

Kenapa agaknya dia pesan macam tu ekk??

Sebab, itu adalah maklumat yang paling mudah untuk diperolehi.
Itu juga adalah no pertama yang akan dicuba oleh mereka2 yang mengambil kad atm orang lain... untuk keluarkan duit.

Ini bukan main2 ekk adik2, kakak2 dan abg2...
Banyak dah kejadian yang pengguna bank hilang kad dan duit dalam akaun bank diorang skali. Gunalah no lain yang tidak dapat diteka oleh sesiapa... yang tahu hanyalah anda sahaja.

Dalam dunia teknologi ni... hati2lah yea. Kadang2 yang rapat dengan kita pun belum tentu ikhlas... Banyak dah yang terkena...

note : kalau dah guna no pelik2 yang susah nak ingat tu... jangan pulak simpan dalam kertas dan selit kat beg duit atau purse ekkkk....

Sunday, April 17, 2011

takda mood

suamiku dah balik.... malam ni dia keje.
seronok sangat bila dia dapat cuti hujung minggu...
semalam dapat gi angsana... beli baju budak2 lagi...
walaupun tak cukup kaki tangan mengawal 3 hero yang asyik nak main kejar2... tapi seronok sangat rasanya...

Hmmm.... patutnya aku bukak internet ni sebab nak test broadband baru beli...
Keperluan bila nak outstation...
tapi aku pi singgah blogwalking plak...

takda moodlah...
baru 2 jam ... dah rasa rindu dah...
hmmm... datanglah semangatttkuuuu...
aku kena siapkan executive summary malam niiiii...
esok nak submit boranggg dahhhhh.....

Try masak kuih : cupcake chocolate chip simple

Hujung minggu pertama yang aku ada masa untuk diri sendiri...
Almaklumlah... semester dah habis. Tinggal nak exam jek...
So malam tadi aku pun buat cupcake simple... buat anak2 makan...
Lagipun abah diorang balik... adalah nak munch2 masa sembang2 tu...

Ni sebelum bakar...


Ni dah siap bakar...


Makan masa panas2 memang sedap... Resepi ni sebenarnya amik kat myresepi... tapi untuk cheese cupcake. Aku tak masukkan cheese. Ni resepi dia yang aku dah ubahsuai ikut tekak aku dan anak2...

Caranya...

Bahan A.
200g tepung serbaguna
2 sudu kecil baking powder
(Campur 2 bahan ni dan ayak...)

Bahan B
150g butter
75g gula (ikut resepi asal, 150g tapi aku tak suka manisss )

Bahan C
2 biji telur gred A (dikocak)
100g Coklat chip
Coklat urai untuk hiasan

Panaskan oven dengan suhu 180C. Sementara tu, pukul Bahan B sampai kembang ( color berubah jadi putih), lepas tu masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul lagi. Bila dah sebati, masukkan bahan A sedikit demi sedikit sambil adunan dikacau menggunakan spatula atau senduk secara kaup balik. Lepas tu masukkan coklat chip dan kacau lagi...Masukkan dalam bekas cup dengan kadar 2/3 daripada cup. Taburkan coklat urai untuk hiasan. Bakar selama lebih kurang 30 minit.

Siappp.... simpan semalaman ia akan lebih lembab.
Aku isi 1/2 cup jek. Sesuai untuk jari anak2 yang kecil :)
Aku suka makan panas2... walaupun mudah pecah... tapi sedap :)
Cubalah... boleh dapat dalam 7 ke 8 biji kalau pakai cup yang sederhana besar :)

Saturday, April 16, 2011

Tips mengeratkan perhubungan jarak jauh

Tip ini adalah untuk mereka2 yang mempunyai hubungan jarak jauh. Tak kiralah samada teman tapi mesra, tunang mahupun suami.

Just nak share... sebagai isteri jarak jauh... maknanya suami kerja jauh... dapat balik hanya masa cuti mingguan jek... bukanlah satu yang mudah. Lebih-lebih lagi bila anda terpaksa membesarkan 3 orang hero yang comel :)

Tapi... ada sesuatu yang boleh membantu mengeratkan hubungan iaitu :-

1. Kejujuran. Janganlah anda berbohong dengan segala tindakan harian.
Kalau pergi makan dengan ofismate lelaki... cerita.
Kalau kena kenyit dengan anak murid... citer...
Kalau dapat email dari peminat senyap... citer ...

2. Kepercayaan. Jika kita jujur... maka kepercayaan akan timbul.
Nak pergi kursus ke...
Nak pergi bengkel ke...
Nak keluar makan seafood dengan member office ke...
Janganlah kita syak wasangka...

3. Kasih. Kepercayaan akan menguatkan kasih sayang hanya pada pasangan kita...
Walaupun ada ofismate baru yang lebih hensem sekalipun...
Walaupun ada bos bujang yang banyak duit sekalipun...
Kalau kasih kita bukan kerana rupa paras mahupun harta benda... InsyaAllah takda efek apa2...


Tapi... dalam masa yang sama kenalah sentiasa cuba mengeratkan hubungan.
Janganlah pulak telefon seminggu sekali. kata percaya
Janganlah pulak sengaja mengorat aweks2 mahupun abe2 hensem sebab nak jeleskan pasangan kata jujur
Janganlah pulak tak menjaga batas hubungan dengan teman berlainan jantina

Kalau kita sentiasa mengingatkan diri dan mengamalkan tips2 kat atas tu... InsyaAllah hubungan akan kekal bahagia. Aminnnn...

Friday, April 15, 2011

permohonan cuti online

Tempat kerja aku ni guna sistem permohonan cuti secara online...
Sekarang ni... bukan cuti je... gaji, penilaian prestasi, mohon apa2 pun semuanya online...

Masalahnya... line tengah teruk skang ni...

Wifi tak boleh nak akses....
Line network takda...

Jadi... permohonan cuti aku tak boleh nak proses...
Server errorrr....

Abih camne ni... aku nak cuti seminggu minggu lagi satu niii....
Kalau aku hantar manual... aci tak :P

Thursday, April 14, 2011

sikap anak remaja sekarang...

Aku bukan seorang pengajar yang garang...
Aku percaya bahwa pelajarku telah dewasa...
Mereka sepatutnya tahu tanggungjawab sebagai pelajar...
Tak payahlah aku marah...
Tak payahlah aku herdik...

Tapi...
kalau kelas tak datang...
kalau telefon tak angkat...
kalau tanya member... diorang tak tau...
Boleh tak aku marah?
kalau aku bar diorang dari amik final exam... tau plak diorang marah....

tolonglah jangan ambil kesempatan diatas sikap aku yang sedemikian...
yang rugi bukannya aku...
haihhh.... letih betul rasanya memikirkan sikap dorang niiii....
Hmmmm.... anak2 remaja sekarang...

Wednesday, April 13, 2011

otak letih...

apakah ubat untuk otak yang letih...

simptom2 otak letih...

1. nak cakap tentang sesuatu, ada orang tegur, terus lupa...
2. masuk bilik nak cari barang, keluar bilik... tak ingat barang apa...
3. pergi beli tiket bas, sampai kat kaunter... lupa nak balik mana...
4. nak balik, kemas beg... amik handphone... letak kat meja... sampai umah... mana handphone??
5. pagi... bukan laman web... tak ingat nama website... mintak tolong pakcik google...
6. pagi ngantuk... tengahari ngantuk... malam ngantuk....

banyak lagi.... apa tahhhh... lupa...

ada ubat ke tak niiii???? susahhhlah camni.... :P

Keputusan panggilan temuduga Diploma perguruan lepasan SPM

Anak saudaraku ada mohon diploma perguruan. Semalam dah keluar keputusan. Tapi nampaknya takda rezeki. Almaklumlah... pasti ramai yang memohon kannn...

Kalau ada yang memohon dan nak tau keputusan pergi kat sini http://apps.moe.gov.my/ehlp/temuduga/

Kalau dapat... alhamdulillah.
Kalau tak dapat macam anak saudaraku... takpa... mungkin bukan rezeki dibidang ini.
Janganlah putus asa. Sambung matriks atau STPM dulu.
Dah habis nanti... mohon lagi... Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pulak.
Mana tahu... masa tu nanti.. Allah izinkannn... (",)


Cuma satu pesan akak pada adik2 ekk...

Guru itu bukan satu kerja...
Guru tu satu tanggungjawab...
Mendidik anak bangsa... yang bakal menjadi tunggak memacu negara...
Kalau sekadar memohon bidang perguruan hanya kerana nak dapat kerja...
Mungkin anda tak akan mampu bertahan...
Kerana kekuatan guru ialah ....
Kasih dan sayangkan anak didik mereka...
Cita-cita dan harapan pada masa depan negara dan bangsa...
Ikhlas dan jujur menjalankan tanggungjawab mereka...

Tak percaya?

Tanyalah guru yang menjadi Idola anda...
Gaji?? Elaun?? Takda apa2 kelebihan punnnn.....

Tuesday, April 12, 2011

keperluan temuduga untuk pemilihan calon

Berkursus selama 3 hari di Melaka hari tu memberi aku satu ilmu yang sangat bermanfaat tentang temuduga...

Bukan mudah untuk seorang penemuduga menentukan keupayaan dan kelebihan seseorang hanya dengan bersoal jawab. Lebih-lagi, kita tak pernah kenal mahupun tahu latarbelakang seseorang itu. Apa yang kita ada hanyalah dari sijil2 dan surat2 yang dibawa bersama semasa temuduga.


Cuba bayangkan, hanya dalam 15 minit... bolehkah kita pastikan bahawa calon itu seorang yang jujur? Bolehkah kita pastikan calon itu tidak sekadar menghafal skrip? Bolehkah kita tentukan surat2, sijil2 dan borang latarbelakang yang dibawa oleh calon itu bukan dicipta menggunakan komputer?

Susah kannn...

Rupa2nya...

Teknik bertanya itu sangat penting. Ia mampu membuatkan calon secara separa sedar mendedahkan maklumat diri sebenar.
Kaedah pemerhatian "body language" juga penting. Kerana tubuh badan bertindak secara spontan. Otak sukar untuk menentukannya dan boleh menyebabkan apa yang dikatakan tidak sesuai dengan tindakan calon.

Tapi...

Takda satu cara yang sempurna. Hanya Allah sahaja yang sempurna. Kita manusia hanyalah cuba melaksanakan yang terbaik dalam pemilihan menerusi temuduga tersebut. Sekiranya anda tidak terpilih pada satu2 pengambilan tak kisahlah belajar atau kerja... jangan salahkan pada temuduga sahaja. Sebenarnya, temuduga itu hanya satu kaedah pengesahan sahaja. Keputusan tetap merujuk kepada markah keseluruhan melibatkan keputusan peperiksaan, markah temuduga dan ujian kelayakan lain jika anda.

Kalau gagal... mungkin anda lebih sesuai untuk kursus atau pekerjaan lain. Janganlah putus asa...

Monday, April 11, 2011

kelas terakhir untuk semester ni

Minggu ni adalah minggu terakhir untuk sem ni...
minggu depan dah start study week...

Hari ni adalah kelas terakhir untuk ketiga2 kelas aku...
Walau letih baru balik dari Melaka... kugagahkan juga...

Sedih betul setiap kali last kelas...
Rasa cam nak nangis jek tengok muka budak2 ni...
Harap jumpa diorang lagi sem depann...
Entah subjek apa pulaklah aku kena ajar gaknya kannnn....
Bos aku ni... main bagi jek subjek ...

Sekarang adalah minggu menyelesaikan semua carry mark.
Nak kena semak siapa yang tertinggal dan siapa yang dijangka cemerlang...
Lepas final... baru tahu siapa dapat A dan siapa dapat C.
Harap2 takdalah yang dapat C....
AMinnnnnn :)

Saturday, April 9, 2011

kura-kura sedang melintas..

LAmbat bebeno line kat sinii...
Nak kena duduk kat lobby baru dapat...
tu pun laju sket jek berbandng kat bilik...

tensionnnn tauuu...

test sedang jalan secara online... mudah2an takda hickup pada sistem...
kalau takkkk... lagi sekali...

pengsaaaannnnnn !!!!!

Friday, April 8, 2011

bengkak mata

Cerita ni jadi semalam... balik keje...
Mak bagtau yang No 1 balik umah dengan muka sedih... lapar katanya...
Dia cakap... teacher denda berdiri... tak boleh makan...

Mak aku pun bsing2... katanya nak tepon ckgu tu sebab tak bagi cucu dia makan..
Aku macam tak percaya...
Tanya semula pada no 1 betul ke tak?
Dia cerita balik... betul katanya...
Selalunya no 1 bukan tak diberi makan... cuma denda makan lewat jek kat tadika tu...
Aku pun just ignore jek... sebab kalau betul pun rasanya taklah harsh sangat...
pagi2 dia dah makan... pukul 11.30 dah balik...
Just pukul 10 kena tahan makan... takdalah rasa sangat...
Tapi tokmak dia tak boleh terima hukuman camtu... pantang betul pada dia bab makan2 ni...

Pagi tadi... masa nak siapkan no 1 pergi sekolah...
tokmaknye ungkit lagi pasal denda tu...
lepas tu bising2 suruh aku cakap pada cikgu kenapa denda no 1 macam tu...
aku kata... tak payahlahhh... lagipun belum tentu no 1 cerita yang betul...
mak aku beria2 sokong no 1 ... sebab masa balik tu dia nampak lapar sangat...
at the end... dia nangis... katanya kitorang ( maksudnya aku dan adik2 aku ) buat tak tau jek sebab kitorang ni semua pendidik...
kitorang tak percaya akan ada guru yang sanggup denda anak murid macam tu...
melainkan pelajar yang agak nakal ( macam anak aku...)
dia nangis... aku nangis...
dia bsing lagi... aku tak boleh tahan telinga dah...

Last2 aku confront cikgu no 1... tapi sebelum tu No 1 dah mengaku dalam kereta pun dengan nangis2 gak... yang dia sebenarnya tipu... kononnya nak buat tokmak dia terkejut...

as i thougt... he just made the story...
kisah denda berdiri tu memang betul...
kisah warning tak boleh makan tu memang betul...
tapi minggu dulu...
tapi kisah tak boleh makan langsung tu memang tak betul...

Hmmmm... tak pasal2 bengkak mata aku, mak aku dan no 1...
macam2 jek budak nilahhh....

dah sampai melaka...

Kronologi perjalanan ke Melaka.

Pagi pukul 10.15 bertolak...
berempat... naik kereta universiti...


pukul 11.15 berhenti kat R&R Machap. Brunch terus.
Lebih kurang pukul 1.30 sampai hotel.
Cantik hotelnya. Kat bandar melaka betul.


Sampai2 jek, urusetia dah ada... walaupun ikut schedule .. pendaftaran start pukul 2. Terus jek check in. Masuk bilik... rehat... sembahyang... charge laptop dan sempatlah update blog...

Tapiii... kena bayar dulu nak guna line hotel ni...
RM25 ringgit untuk 24 jam...
Takpalah... janji aku tak putus dengan line...
Masalahnya... line dia kat bilik adalah sangattttttt slow.
Esok nak buat online test... kalau takda line... pengsaannnnn :)

Thursday, April 7, 2011

esok nak gi kursus

beg dah siap....
kerja dah plan...
lepas ni nak print nota... nak kirim member yang ganti kelas ahad ni...

Hmmm... camnerlah anak2...
Lama dah tak tinggalkan diorang dengan tokmak....
No 3 lagilahhh... tak pernah....

Bolehke aku ni....
Harap2 kursus ni memberi kebaikan kepada kerjaya dan penulisan thesis aku...

Kalau ada line kat sana... bolehlah aku post latest story ekkk...
Jangan aku tidor masa dengar ceramah esok... udahlahhhh :)

telur tiruan

Baca kat suratkhabar Kosmo pagi tadi.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bagitau yang sekarang ni ada telur tiruan. Telur buatan dari China.

Aku pun google pasal ni. Rupa-rupanya orang Indonesia lagi awal dah tahu pasal ni. Sejak tahun 2008 lagi.

Beberapa link yang cerita pasal ni... kalau nak lebih tau.

Budak butak punye cerita
Dwi Hadi ada cerita
ElHumairah ada cerita
Aapulsa pun ada cerita...

Cuba tengok gambar ni... aku link dari blog aapulsa...


Hmmmm.... nak makan telur pun kena hati-hati sekarang ni.

Wednesday, April 6, 2011

cerita tentang efiling cukai pendapatan 2010

sibuk orang mengisi efiling skang ni...
suamiku tercinta sedang berada di LHDN untuk submit efiling aku dan dia :)

memanglah boleh submit terus... tapi lebih baik kita submit dekat pejabat diorang. ada pegawai yang tolong semakkan... mana2 yang kita tersilap isi keee...kannnn

cumer nak cerita sket jeklah...
kawan myhubby ni ada kemusykilan sket...

kenapa 2 orang sahabat ni, gaji sama, penggunaan sama tapi kawan A kena tax (Lebih kurang RM300) tapi kawan B tak kena tax?

jawabnya....

kawan B tak kena tax sebab isteri dia tak keje.
kawan B kena tax sebab isteri dia keje dan dia menggunakan takrifan berasingan.

maksudnya...

jika isteri anda tidak bekerja, anda akan memilih jenis taksiran 4 pada ruangan A5
maka anda layak menuntut pelepasan RM3,000 di ruangan D14

manakala

jika isteri anda bekerja dan anda memilih untuk ditaksir secara berasingan, anda akan memilih jenis taksiran 3 pada ruangan A5,
ini menyebabkan anda tidak layak menuntut apa-apa pada ruangan D14 kerana isteri anda akan menuntut pelepasan individu pada ruangan D1 untuk dirinya sendiri.

notakaki : just nak share jek ... manalah tau kalau2 anda ada kemusykilan yang sama :)

masalah perlu diselesaikan

aku tau yang aku ada masalah...
aku tau macamana nak selesaikan masalah aku tuu...
jika sekurang2nya aku stay 2 jam sehari pun...
dalam sebulan... InsyaAllahhhh...
patutnya aku boleh selesaikan masalah aku tu...

Tapi... 2 jam pun aku tak sempat...
tadi jek pun, aku baru cuba untuk bantu selesaikan masalah student aku...
kesian plak tengok diorang terkial2 siapkan sistem untuk projek akhir...
tinggal berapa hari lagi jek... nak kena hantar dah...
masalah nak masukkan audio dalam flash...
aku taklah pandai... tapi... tau... cumer kena explore sket...
sooo... buatlah sket tutorial untuk diorang rujuk..
harap2 bolehlah bantu diorang tu...

sat gi kang... ada perjumpaan dengan senior...
nak bincang pasal permohonan research grant baruu...
taknak libatkan diri kanggg... manalah ada orang lain nak dipandang...

balik keje kang... anak2 dah standby...
mak dia tanak layan nanti... ada yang merajuk panjang plak...

Jumaat nanti ada kursus plak...
3 hari 2 malam...
bukan cuti-cuti Malaysia ekkkk...

Takpalah... esok aku cuba selesaikan masalah aku plak ekkk...
mudah2an Allah mudahkan langkah aku...
setelah aku mudahkan langkah orang lain...

Aminnn...

Tuesday, April 5, 2011

Statement tahunan Insuran Prudential

Dah masuk bulan 4 ni... paham2 jeklah kannn. Kena isi borang cukailahhh.
Oleh itu, hubby dok sibuk mengumpulkan segala statement2 tahunan untuk simpanan bagi mengisi borang efiling tu.

Satu jek yang kitorang dok cari tak jumpa2 ialah statement insuran prudential aku tu. Hubby pnyer ada... aku pnyer... mana tahhhhh


Last2 aku tepon servis dia. Skali dia mntak no faxlah plak.
Aku mana ada fax. Ofis adalahhhh... Tapi tak boleh pakai untuk urusan peribadi :)

Jadi, husband mintak emailkan.
Diorang call aku untuk dapatkan pengesahan dan kebenaran untuk email.

Sepantas kilat ko dia email semulaaaaa kat aku.
Tapi tertinggal attachment :)
Sat jek pun... dorng terus realise yang dorang tertinggal attachment dan email semula kat aku. Laju tul diorang buat keje. Aku sukeeee...

Dapat dah... dah print dah untuk masuk fail. Simpan untuk audit.
Harap2 kalau aku ada apa2 hal... sakit keee.... masuk spital keee...
Servis dia pun tip top macam ni gaklah kannnn.
Pasti aku akan terus setiaaaaaa denganmu :)

Monday, April 4, 2011

Try masak pakai breadmaker | Twist Cheese Bun

Lama betul tak meroti...
Sibuklahhh... Cuti2 pun aku ada kelas.
Rindu betul...

Semalam petang, sempat gak on kan breadmaker cosway tu.

Buat twist cheese bun. Pakai resepi dari umah Juwita.

Tapi aku buat dua adunan.
Masalahnya... aku buat roti terbesarlah plak....
Jadik... masa bakar tu... amik masa dekat setengah jam gaklah...
Tapi pakai suhu 170C jek.


Tengoklah tuuu... Tak comeiiilahhhh...

Tapiii... anak2 suka.
Mak dia pun suka...

Cubalahhhh.. resepi asal kat sini. http://juwitafariz.blogspot.com/2009/06/twist-cheese-bun.html

Aku letak slice cheese dengan mozarella cheese kat atas dia.
Bila dah siap bakar... aku sapu butter kat atas dia.
Sedap... ada rasa masin2 sket...

Sunday, April 3, 2011

Iklan Nuffnang hanya friendly dengan Mozilla jek..

Apa aku nak cerita sebenarnya ekk...

Gini, Iklan nuffnang ni sangat tidak friendly dengan Internet Explorer.
Lama dah aku perasan. Kalau kat IE ... takda iklan tapi kalau kat Mozilla ok plak.

Hari tu aku tukar iklan supaya dia float sebelah kanan...
Kat Mozilla ok...

Kat IE ?


Cube tengok kat anak panah merah tu. Gitulah jadinyer.... dok kat tengah2... dahlah camtu... tak kuo apa2 pun iklannnye. Napa ekk?

Ke aku perlu ubah apa2 kat kod tu supaya ia nampak elok kat IE atau Mozilla....

Musykilll....

kawan tokmak tak jadi datang...

Pagi2 mak dah bising... suruh cepat2 kemas umah. Jangan bersepah.
Dia takut kalau2 Tok imam nak singgah ... bincang pasal program kat Masjid minggu depan.

No 1 dengan No 2 dah siap kena warning supaya jangan buat sepah...

Masuk tengahari... takda plak Tok imam datang.
Sibuk gaknya...

No 1 tanya balik.... Napa kawan tok mak tak datang?
Tokmak kata.. sebab rumah bersepahlahhhh...
No 1 jawab balik.... Macamana orang tu tau?? Dia nampak keee???

.
.
.
.

Kalau koranglah... apa nak jawab balik ekkk? (",)

mobile broadband

Skang ni aku guna line streamyx kat umah.

Line memang keelllllaaaassss. Aku memang buat masa ni sangat puas hati dengan line streamyx. Sebab tu aku bertahan dari tahun 2004 sampai skang ni.

Cumerrrr.... kat pejabat jeklah problem skettt.
Wireless kat line ofis aku tu skang ni selalu disconnect.
Susahhhlllaaahhhh....
Kerja aku dan Internet umpama irama dan lagu. Tak boleh dipisahkan.
Ingat nak cari line broadband yang mobile punyer...
Nak beli mana ekk...
Digi? Maxis ? Celcom?

Hmmmmm....

Saturday, April 2, 2011

pop up comment

Masa BA buat segmen Deco Deco Beng Beng Booommm hari tu, aku tak join. Tapi aku singgah gak kat blog2 yang join dan tengok komen mereka pada blog2 tu sume.

Bukan nak cari silap dorang tapi nak belajar membetulkan blog aku mana yang boleh.

Antara komen yang paling banyak ialah

1. Jangan guna word verification untuk komen
2. Buat pop up window untuk message.

Jadikkk... merujuk pada blog Ujang ! Erti Kehidupan... ... aku ikutlah step yang diajarkan.

Ringkasannya : Pergi Dashboard, pilih Setting, lepas tu pilih tab Comment. Tukarkan properties bahagian Comment Form Placement kepada Pop Up Window. Siapppp :)

Mudah2an lebih mudah pada kengkawan nak komen yea... :)

Cau Cin Cauuu...

Dah nak hujung semester

Tinggal 3 minggu jek lagi dah nak abih kelas. Pastu peksa.

Kejap jek masa berlalu.

InsyaAllah, tanggungjawab pengajaran aku dah laksanakan.

Tanggungjawab belajar aku jek yang asyik pending.

Banyak lagi nak tulis ni...

Mudah2an sempatlah siap bulan April ni.

Friday, April 1, 2011

jamuan makan special...

Pukul 10 pagi, member ketuk bilik.

Kak, sibuk ke? Nak makan tak?
Makan? Nak keluar ke...
Taklah, makan kat bawah. Tapi akak kena bagi komen sketlah.
Oooo, student masak ekkkk... bolehlah sebab akak pun tak breakfast tadi.

Sambil turun tangga... tetiba aku terpk. Ni betul ke tak ni....

Skali April Foollll....

Tapi... memang betul. Bebudak tu bukan main sambut kat pintu lagi.
Siap bunga kat telinga.
Makan siap basuhkan lagi.

Menu :
Nasi putih, togeh masak lemak, ayam kicap, kerabu seafood, sambal belacan dan air sirap selasih.

Gambar tak snap. Segan plak kat bebudak tu kanggg... :)

Selera betul aku makan. Masalahnya, banyak betul portion nasi. Tapi terpaksa makan sampai habis, kang kecik ati diorang :)

Lepas makan, dapat buah tangan lagi.



Alhamdulillah... Rezeki. Kira brunchlah aku hari ni. Tengahari tak payah keluar dahhh...

tukar nama

No 1 pakai baju melayu setiap hari Jumaat walaupun dia masih tadika. Kawan2 dia pakai baju biasa jek. CIkgu takdalah suruh, tapi kalau nak dia ok jek.

Aku suka tengok dia pakai baju melayu setiap Jumaat. Comel betul :)


Tapi bukan tu nak cerita, pasal nama.

Sampai jek kat sekolah tadi, dia tunjuk kat aku kawan dia.

Alif : Tulah kawan alif mak.
Aku : Sapa nama dia?
Alif : Pyan (sambil panggil nama kawan dia... Hai Pyan!! )

Yang peliknya, kawan dia jawab.. "Bukannnlahhhh."

Sambil bukak kasut sekolah No 1, aku pun tanyalah budak tu. Sapa nama dia.

Nama dia sebenarnya Norman :)

Suka2 ati jek anak aku tukar nama kengkawan dia.

Macam2 hal :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...