Wednesday, November 14, 2012

Tadika mana yang baik untuk anak kita

Tergerak untuk tulis semula artikel tentang

Tadika murah tiada kualiti

yang ku tulis tahun lepas bila Iryani_fz (dari Sungai Buloh, Selangor) singgah dan beri komen mengenai yuran tadika yang sangat mahal untuk anak-anak.

Aku takda masalah dengan tadika mahal. Sebagai seorang ibu, memberi segala yang terbaik kepada anak adalah satu impian. Paling mahal, paling cantik, paling sedap, paling pandai, segala yang terbaik untuk anak-anak kita...

Selalunya, tadika yang mahal itu memberi banyak perkara pada anak kita
Pembelajaran yang optima - English communication, writing, Membaca, Mengira, Menggunakan komputer, sampaikan belum masuk darjah 1 dah pandai kira darab dan bahagi. Ada juga yang boleh bercakap english mengalahkan mak bapak dia sendiri.. Hebat.

Bohonglah kalau aku tak mahu macam tu... Anda juga kan :)

Tapi, kita hidup berpijak pada bumi yang nyata dimana kadangkala kita tak mampu.
Kita tak mampu naik kereta mewah
Kita tak mampu pergi melancong ke luar negara
Kita tak mampu hantar anak ke sekolah yang dikatakan sebagai paling hebat di Malaysia :)

Maka kita kena membuat pilihan.
Seperti yang aku katakan sebelum ini, aku pilih Tadika Kemas untuk anak-anak aku kerana ia berada di depan kawasan rumah ibuku, yurannya murah, aktivitinya tidak terhad kepada akademik sahaja dan gurunya kukenali sebagai seorang yang sangat desikasi.


Anda kena membuat pilihan anda sendiri... timbanglah mana yang berat
Cadangan aku, pergi jumpa guru sekolah yang telah anda senarai pendekkan atau perhatikan semasa proses pembelajaran berlangsung sebelum hantar anak ke sekolah yang dipilih. Buatlah survey sikit, tengok kesesuaian kualiti sekolah dengan kemampuan poket kita.

Namun, bila anak-anak balik rumah tettttaaaap kita kena bimbing mereka semula sebab parents have the most influence to kids performance. Good luck ye..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...