Thursday, November 28, 2013

Simple GA - 3D Puzzle oleh Abah Coreno

Oke... nak join satu lagi Give Away Contest. Dalam saat2 blurr, stress dan risau ni... ( kenapa? adalahhh... susah sket nak citer dalam blog) makanya... aku nak join any contest yang available among bloggerr kat malaysia ni.

Hahahahahahah ( sila gelak macam jin Ahmad Albab )


Ok... camni cara nak join Give Away 3D Puzzle yang Abah Careno buat yek...

Syarat2 dia seperti di bawah...

1. Follow blog Abah Careno ni... ( dah)
2. Like page facebook Abah Careno... ade kat blah kanan atas blog dia ... ( dah jugak)
3. Follow instagram ... cari lan_careno dalam instagram... yg ni tak wajib pun... nak follow ke tak sukehati... ( tak follow sebab kita takda instagram huhuhu)
4. Buat entry tajuk : Simple GA - 3D Puzzle ( ni artikel yang korang tengah baca ni hehehe)
5. Dalam entry tu, letakkan gambar sample puzzle dan backlinkkan ke blog beliau..( dah)
6. Tinggalkan link entry korang kat entry tersebut...( ok... pas ni aku tinggalkan jejak yek)

TARIKH TUTUP ADALAH 29 NOVEMBER PUKUL 12 TENGAH HARI

Hadiah dia bestttttt..... tak caya cube tengok.... Tak nak try kerrrr?

Dapat 3D Puzzle tau...
kalau dapat boleh buat dengan anak-anak.... Terisilah sket cuti sekolah diorang dengan perkara yang berfaedah sekaligus dapat buat hiasan umah mak diorang .... hihihihi

Berangan jek aku ni... boleh menang kerrrr >__<

Refinance rumah lama untuk beli rumah baru

2 Tahun lepas, aku beli rumah yang aku sewa dekat dengan rumah mak aku. Macam ditentu-tentu oleh Allah, nak pulak tuan rumah jual kat aku. Sebab, hujung tahun tu, Ayah aku meninggal. Oleh kerana dah dapat rumah, maka aku dapatlah tengok2 kan mak... kan rumah tu dekat :)

Bila tuan rumah nak jual, perkara pertama yang aku dan En Zali fikir adalah duit nak beli umah tu. Pendapatan sedia ada memang kami dah susun supaya sentiasa ada lebihan untuk simpanan di masa kecemasan dan buat anak2. Seboleh2 nya aku tak mahu bertambah sebarang belanja daripada perancangan sedia ada.

Maka, kami pun mohon buat refinance rumah kami kat Pulai. Rumah tu kami telah usahakan untuk habiskan bayar cepat berdasarkan cadangan Azizi Ali "Jutawan dari Planet Jupiter". Bila nak refinance, maknanya hutang rumah akan naik semula. Lambatlah habis hutang rumah. Tapi, bila dikira semula, rupa2nya bayaran bulanan masih sama (Bayaran bulanan sedia ada + sewa rumah = bayaran bulanan baru selepas refinance) maka kami teruskan. Alhamdulillah.

Rezeki kami sebab masa tu Kerajaan belum keluarkan arahan baru iaitu tempoh pinjaman peribadi tak boleh melebihi 10 tahun. Kalau refinance, baki harga rumah tu kena bayar balik dalam tempoh 10 tahun juga ( follow the same rules).

Kalau nak tau macamana rugi dia... cer tengok kira-kira yang Abang Ensem tunjukkan ni.
No 3 posing dalam umah sewa yang telah ku beli >__<

Kalau tahun ni baru tuan rumah kami nak jual .... ada kebarangkalian tak belilah kami kalau nak guna kaedah refinancing ni. Nasib baik rumah ni dah jadi milik kami. Alhamdulillah...

Sekarang cuma nak fikir, mana nak cari duit untuk ubahsuai sikiit rumah ni. Kalau boleh... tak mahu tambah hutang lagi. Macamane yek.... nak kena bongkar page MatJoe pulak lepas ni. Nak cari idea ;)

Wednesday, November 27, 2013

mommy&baby moments

Nak join Mommycha 1st Giveaway ni....

Tema dia Mommy & Baby moments 

Gambar sebelah kiri ni masa No 3 baru nak masuk umur setahun lebih. Kami jalan-jalan kat Melaka masa ni dengan famili adik suami dan Ibu mertuaku. Penat betul masa ni sebab dia tengah ligat. Berjalan tak reti penat. Nak ambil gambar pun kena peluk kuat-kuat. Dia nak lari ikut abang dia ke kawasan bot.

http://sharemyloves.blogspot.com/2013/12/mommycha-1st-giveaway.html

Gambar belah kanan pulak, bulan 5 tahun ni (Tarikh kat gambar tu en Zali salah setting), No 3 dah 4 tahun lebih. Tengoklah betapa cepatnya masa belalu, cepatnya dia membesar... tinggi dah dia kannn...Tahun depan dah nak masuk tadika 5 tahun.

Macam nak kena tambah anak lagi jeekkkk.... ehhhh :P

Kalau ada yang nak join... marilah gi kat blog MommyCha
Micha kata tarikh tutup: 1.12.2013 (AHAD)
Winners akan dipilih berdasarkan gambar paling MENARIK.  (Menarikkah gambar ku ini huhuhu)

Takpa... the Mommy&Baby moments will always be in my memory >__<



Sunday, November 24, 2013

belajar guna kamus

Sebelum ni kan aku cerita pasal No 2. No 1 pun kena buat latihan intensif juga cuti sekolah ni. Walaupun hujung tahun tak dapat laporan penuh keputusan sekolah dia, tak tau dapat band berapa... tapi, daripada kertas latihan yang dia bawa balik... kebanyakannya band 4 atau 5. Bolehlahhhh....

Bahasa cina dia jek dapat band 3. Yang tu, tak dapatlah aku nak bantu... aku bukan reti bahasa cina. Asal dia dapat faham sikit2 pun jadilah...

Bahasa Melayu dan matematik... Alhamdulillah..

Yang lemah, Bahasa Inggeris dan Agama. Jadi, itulah yang kami akan fokus sepanjang cuti sekolah ni. Untuk agama, aku ada beli buku latihan dan minta dia buat.

Untuk Bahasa Inggeris, dia kena belajar guna kamus sepanjang cuti sekolah ni. setiap hari, dia kena salin 1 @ 2 perenggan, kemudian kena cari makna setiap perkataan dalam kamus.


Walaupun mendapat pelbagai komplen, keluhan dan rengekan.... kutahankan sahaja telinga ini. Objektif pembelajaran... tambah vocabulary... mahir guna kamus... Semoga berhasil... Aminnnnnnnnn......

Saturday, November 23, 2013

muka kena paksa

Hujung tahun masa dapat keputusan budak2, no 2 dapat tempat keempat kat tadika 6. Kalah dengan sepupu dia. Sepupu dia, anak adik aku dapat no 2. No 1 dan 3, dak pompuan. Baca dah boleh, tapi lambat. Matematik boleh tahan, tapi kira pakai batang mancis.... aduhaii... Bahasa Inggeris dia agak lemah, tapi aku tak berapa nak tekankan sangat. Aku dan en Zali buat keputusan nak polish bacaan dan penulisan dia sepanjang cuti sekolah ni. Nak mahirkan operasi tambah dan tolak sekali.

Hari2 dia kena salin cerita daripada buku. Pendek je cerita dia, dalam 2 mukasurat.


Huruf kecil, huruf besar... habis tonggang langgang. Dia punyer kerenah adoiii... 1 baris ayat pun ambil masa sejam nak siap. Nak minumlah, nak tengok apa tok mak masak dekat dapurlah, nak makanlah... ajak sembanglah... rasa macam nak cubit2 jek tau.

Walaupun rasa macam nak surrender, tapi diteruskan juga paksa dia buat latihan setiap hari. Mudah2 an naik darjah satu dia boleh tulis dengan laju macam No 1.

No 1 kena juga... latihan apa? Next story ye :)

Friday, November 22, 2013

london

Kami kat londonnnn... hihihihih

Taklah... ni kat Crazy Potato, di Galleria JB jerrrr....


Kami lama dah nak try Crazy Potato ni. Teringat masa study di Norwich, sedap betul makan kentang yang gemuk. Jadi, kitorang pun orderlah. Punyalah banyak pilihan sampai tak tau nak pilih yang mana. Nak ambil yang kosong, makan dengan tomato ketchup jek... rasa rugi pulak. Harga dia jek dah RM8.80. Akhirnya kami ambil yang ada topping cheddar cheese.

Specialnya adalah, dia panas... garing diluar, lembut didalam. Cheddar cheese dia melt... En Zali suka sangat. Aku... so so jek sebab apa tau...

Sebabbb... harga dia RM11.80 untuk bungkusan macam ni


Hmmmm... sikit tau dak. Orang badan "comel" macam aku ni manalah cukup makan banyak ni jekkk... Nak beli 2 set, adoi ... baiklah gi makan nasi.... hihihi

Mengidam en Zali dah dapat. Ngidam aku jek belum lagi... Ngidam apa? adalahhhhhh.... >__<

Thursday, November 21, 2013

Iklan Kerja Kosong di UTM pada 19 November 2013

UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM. Tarikh tutup permohonan pada 2 Disember 2013.



Sila klik link berikut untuk permohonan secara online

https://hrfin.utm.my/smuhr/

Buat yang tak sependapat dengan sesetengah pihak seperti terasa hati. Mudah-mudahan ada rezeki menyebelahi anda. :)

Wednesday, November 20, 2013

terasa hati

Baca artikel tentang kakitangan awam di Malaysia terlampau ramai.

http://www.beritaterkini.my/kakitangan-awam-di-malaysia/a>a

Setiap artikel dikeluarkan sepanjang satu mukasurat seperti artikel macam ni, banyak maklumat lain yang tak boleh dimasukkan. Berita juga selalu menonjolkan apa dirasakan menarik sahaja. Tapi bila yang memberi komen kedai kopi dalam laman web macam ni... terasa sangat hati.


Kenapa marah hingga menggunakan pelbagai perkataan yang tak elok macam ni. Marahkan siapa sebenarnya mereka ni? Hmmmmm....

Tuesday, November 19, 2013

Cuti sekolah telah bermula

Dah mula cuti sekolah tahun 2013. Macamana nak isi jadual budak2 kat umah ni. Takkan nak biar diorang tengok kartun jek... main tablet memanjang pun tak baik jugak. Bincang dengan abah diorang, kami rancang untuk buat jadual belajar. Buat latihan untuk subjek yang diorang lemah tahun ni... English dan agama untuk No. 1. Bacaan dan Penulisan untuk No 2. Nak bagi kerja masa siang, time aku dan en zali keje, mlm buat assesment. Lepas tu baru boleh main tablet... Ok tak?

Entah boleh buat tah tidak.... haihhh

Cuti sekolah maknanya setiap minggu akan penuh dengan jemputan pertunangan atau perkahwinan. Semalam ada majlis anak kawan sepejabat. Minggu depan.. hmmm... lupa plak umah sapa. Takpalah... kan baik untuk umat Muhammad.... betul tak ;)

Gambar budak 3 orang lepas balik kenduri semalam. Beli rak barang plastik untuk rumah mak. Tak muat bonet keta tau tak... terpaksalah aku menunggu en Zali hantar dulu budak2 sementara aku menunggu barang kat kawasan parking. Nasib baik dekat... hihihi

Apa plan kengkawan sume cuti sekolah ni?

Sunday, November 17, 2013

Majlis konvokesyen do's and don't



Dah beberapa kali menghadiri majlis konvokesyen samada majlis aku sendiri, adik2 dan pelajar2... beberapa perkara yang kuperhatikan penting untuk dititikberatkan adalah seperti berikut

1. Pakaian
Setiap majlis konvokesyen , tak kiralah universiti tempatan atau antarabangsa, pakaian graduan dan tetamu diminta agar kelihatan sopan dan tak menjolok mata. Lebih baik lagi kalau dapat pakai pakaian yang formal atau sesuai untuk ke pejabat.

Kenapa ia perlu, ini bagi mengurangkan rasa tidak selesa pada masyarakat yang mungkin berbeza bangsa, agama dan budaya masing2. Tak perlu mahal, asalkan molek dipandang mata. Kalau boleh, janganlah pakai skirt atas peha, atau baju tanpa lengan, atau jeans koyak... hmmmm, kalau dilarang dek pegawai yang menjaga majlis, jangan pulak kecil hati yeaaa...

2. Ambil gambar atau video
Ini dah jadi trend, almaklumlah, harga digital kamera dah murah, handphone pun boleh amik gambar. Cuma, janganlah macam tak sempat2 nak tunggu majlis selesai dah nak ambil gambar. siap block jurukamera rasmi universiti lagi... sebab nak amik gambar graduan. Satu dua snap dari jauh pun oklah. Bila dah selesai majlis... ambillah gambar puas2. Kesian orang kat belakang tengok skrin kamera, tangan , kepala dan badan awak je...

3. Makan
Biasanya, dalam dewan konvo tak disediakan makan. Jadi, pastikan anda alas perut dulu sebelum masuk dewan. Kalau tak, kesihan perut tu... tak pun kena gastrik... kan susah. Kalau majlis start pagi, standby roti atau biskut. Yelah, nak gi sarapan kat kedai, mungkin tak sempat kannnn....Lama tau duduk dalam dewan tu... paling kurang 3 jam. Kalau sesi petang, mungkin mudah sikit. Banyak sikit masa nak pilih tempat makan :)


4. Toilet
Sebelum masuk dewan, silalah buang air dulu yea. Bila dah masuk, susah nak ke toilet. Ada sesetengan universiti, tandas ada disediakan dalam dewan. Tapi, ada yang toilet kat luar... tak pasal2 urusetia majlis tahan tak bagi masuk semula. Tak pun, tak bagi keluar... mana nak buang kannnnn hihihihi


5. Gadjet
Satu tip untuk tetamu yang masuk dewan, bawaklah gadget untuk mengisi masa lapang. Tapi, janganlah ada bunyi audio dan effect yang kuat. Tak pun silentkan. tak salah pun....Tapi graduan, silalah dengar dan lihat apa yang berlaku di pentas tu. It might just become your one and only experience for the whole life. Observe and enjoy ;)

Peringatan ye graduan, janganlah sia2 kan 4/5/6 tahun anda di Universiti dengan buat perangai tak tentu hala masa naik atas pentas tu. Ada kes pernah belaku, pelajar bukak baju atas pentas masa ambil ijazah. Kesian segala susah payah masa belajar, langsung orang tak ingat. Orang cuma ingat pasal kes bukak baju jek... Nak ke?

Nasihatku pada graduan semua, selain daripada keluarga dan guru, berterima kasihlah pada
- mereka yang pastikan nama anda keluar pada skrin masa anda ambil skrol atas pentas
- mereka yang tolong uruskan anda dapat pakai jubah masa konvo
- mereka yang susun jadual dan post surat jemputan supaya anda tak terlepas majlis konvo
- mereka yang hantar jubah yang anda dah pakai pada dobi dan simpan semula untuk dipakai oleh junior anda
- mereka yang uruskan makan vip yang dijemput masa majlis graduan anda
- mereka yang pasang khemah, kerusi dan meja supaya anda dan keluarga ada tempat untuk duduk sepanjang majlis
- mereka yang tolong ambil gambar anda masa konvo
- mereka yang sapu sampah dan buang sampah sebelum, semasa dan selepas majlis
dan ramai lagi yang terlibat tapi macam tak penting kerana mereka tak diraikan. Tapi, tanpa mereka belum pasti majlis graduan anda berjalan dengan baik. Tak susah mana, senyum dan ikutlah peraturan majlis. Mudah....

Lastly... tahniah kepada yang graduan tahun ini ( tak kisahlah universiti mana pun). Mudah2an, perjalanan kerjaya anda pada masa akan datang adalah indah dan mengujakan.

Tuesday, November 5, 2013

Majlis konvokesyen Tabika KEMAS Kawasan Gelang Patah

Semalami, 4 Nov 2013 ( Isnin), No 2 diraikan dalam majlis konvokesyen Tabika kemas. Pagi-pagi lagi dia dah bangun pakai baju Melayu hijau pucuk pisang. Tak sempat nak sarapan, aku bagi dia kurma 3 biji dengan susu. Buat alas perut, sebelum bertolak ke Persada Johor Bahru. Selalunya cikgu akan bagi dia makan pagi. Katanya cikgu bagi kuih... macam2 jenis dia kata.

Lebih kurang 43 tabika KEMAS cawangan gelang patah dikumpulkan dalam majlis ini. Hebat sungguh guru2 dan semua jawatankuasa KEMAS yang menguruskan majlis yang besar ini.

Suasana dalam dewan yang penuh dengan jemputan.

Bukan mudah menguruskan sebuah majlis yang besar seperti ini. Protokol yang perlu dipatuhi sebab ada VIP yang akan merasmikan majlis. Ibu bapa dan tetamu kecil yang riuh rendah dalam dewan semasa majlis berlangsung. Kanak2 tabika yang pelbagai kerenah dikawal dengan bersungguh2 oleh semua guru yang terlibat. Hebat. Aku belum tentu boleh buat majlis sedemikian... rasa hormat pada mereka.

Salah satu ayat daripada setiausaha Politik YB Menteri Besar Johor yang mencuit hati adalah... "untuk membina negara yang hebat, maka ia memerlukan modal insan yang hebat dan anak2 inilah yang akan menjadi pemangkin kepada kejayaan itu...Pendidikan awal sangat penting... 26 kajian yang dibuat di USA menunjukkan bahawa anak2 yang mendapat pendidikan awal di Pra Sekolah, perkembangan mindanya akan lebih cepat dipacu..."

Panjang lagi ucapan beliau, walaupun tak ramai yang berminat untuk mendengarnya namun majlis sebegini adalah platform yang sesuai untuk menyampaikan hasrat, berkongsi maklumat, memujuk perubahan pandangan...

Cuma... bila bermulanya majlis penyampaian sijil... semakin ramai ibu bapa mula berdiri menghampiri pentas untuk ambil gambar anak masing2. Perbuatan mereka menyebabkan jemputan dibelakang tak dapat nampak apa2.

Hanya tangan dan kepala manusia dan belooonnn..... hmmmm

Tahlah... tak reti nak kata apa2. Mungkin sebab jubah tu terus disimpan oleh cikgu kott..Rasanya lebih baik kalau diambil sekejap anak itu keluar dewan untuk ambil gambar. Lepas tu pulangkanlah semula kepada cikgu.

Gambar No 2 dengan sepupu dia. Ni kidnap gambar dari facebook teacher diorang :)


He'll be studying in standard 1 next year. New challenge. Hopefully, he'll survive and perform well. Mak sayang awak ye Rizmal :)

Saturday, November 2, 2013

Boling dengan famili

Hari ni kami buat ad hoc plan untuk main boling ... adik beradik. Tetiba je ada yang bersuara... lepas tu sumer yang available agree... tak cerita panjang... jadikkk

Lepas maghrib, aku dan en zali terus ke Angsana. Makan dulu dekat food court sambil tunggu adik2 yang lain sampai.


4 famili, kami ambil 3 lane. 2 set game. 1 lane khusus untuk anak2 yang baling bola boling macam lontar peluru :) Yang pelik tu...boleh plak spare... strike pun ada.... ajaib sungguuuhhhh


Adik aku ni ada baby 6 bulan. Kami gilir2 pegang bila time dia baling bola. Dak kecik tu baikkk ngat. Ngantuk... tapi tahan mata... mana taknyer... mak sedara dia menjerit ... ampunnn


Adik2 ipar lelaki aku ni dah selalu main boling. Tapi, lama tak polish skill. Malam ni, diorang lah yang score ;)


En Zali main mula2 masuk longkang. Lama dia tak main game ni. Lupa dah skill. Nasib baik bila dah masuk tengah2 dia start dapat ingat balik caranyer... Dapat no 5 ... boleh tahannn :)


Seperti biasa... aku dapat telur sepanjang game sesi pertama.Nasib baik bila masuk set kedua, aku dah ok sket. Almaklumlah... ni baru kali kedua pegang bola tu kannn. Tapi cuma boleh guna bola no 7. Tangan tak bedung hihihi...


Habis game dalam pukul 10.30 malam. Angsana pun dah tutup. Terpaksa tanya orang, macamana nak keluar. Lepas tu kitorang singgah minum kat Restoran Osman, berhampiran Mydin Uda. Final chit chat... and goodbye. Till next gathering... Family bonding. Luv u all... muahssss

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...