Tuesday, December 31, 2013

hari orientasi

Hari ni adalah hari perjumpaan ibu bapa yang ada anak baru nak naik tahun satu dengan guru sekolah. Dapat surat makluman masa awal Disember lepas. No 2 naik tahun 1 tahun 2014 ni. Abah dia kerja malam... jadi maklah yang pergi mengadap...

Banyak betul borang nak kena ii, PAFA, KSSR, PBS, Personalia dan pelbagai dokumen lagi. Dekat sejam juga nak menyiapkan semua dokumen nak hantar ke sekolah. Ada juga yang tertinggal tu... haihhh.


Sebelum jumpa cikgu untuk serah dokumen, kena dengar taklimat dulu. Semua maklumat berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah, disiplin dan maklumat umum dikongsi oleh Guru Besar dan Penolong Kanan HEM. Bila dah kali kedua ni, takdalah tercengang sangat. Banyak dah tahu, jadi bolehlah gelak2 bila cikgu tegur pasal kasut sekolah Hari Isnin lagi dah kotor... hihihihi....


No 2 takda masa taklimat ni. Dia terus masuk kelas. Takda ujian pun... nama dah ada dalam kelas masing2. Diorang tak dibahagikan ikut pencapaian, sama je 2 kelas yang ada. Cuma ada satu kelas untuk pelajar LINUS. Apa tu LINUS? Nantilah citer. Nak sambung dengar Cikgu bagi Taklimat ni. Ganas jugak cikgu Jamilah ni bagi taklimat. Berdesing2 telinga kena tegur... Tapi tak da kecik hati pun... sebab anak aku memang boleh tahannnnnn :)


Notakaki : Balik ni kena buat satu benda... tulis nama dan no telefon kat beg anak... kalau ada apa2 hal jadi, cikgu senang nak hubungi...

Monday, December 30, 2013

persediaan sekolah

Barang-barang sekolah anak2 memang dah siap awal-awal lagi. Baju sekolah kami beli jenama Wixon. Buat masa ni, puas hati dengan kualiti jahitan dan kain yang digunakan oleh jenama ni. Kalau kat JB ni, boleh pergi kedai dia di Giant Skudai. Kat Muar pun ada. Besar kedai dia.

Seperti biasalah, bila beli baju dah siap dijahit, kenalah juga di ubahsuai sikit. Kadang2 labuh kaki dia, kadang2 panjang lengan bajunya. Alhamdulillah, siap dah aku jahit perlahan2. Almaklumlah, skill menjahit mak memang tak turun pada aku. Mak kata aku pemalas... hihihi.

Malam ni siapkan jahit lencana kain pada baju dia pulak. Esok No 2 ada orientasi Tahun 1.


Kejap je masa berlalu kan.... :)

Sunday, December 29, 2013

risau

Ada orang tu sakit dari hari Khamis lagi.
Hari ni dah masuk 4 hari.
Lemah, lemau, takda mood, takda selera, serba tak kena je tengok dia.
Risau betullah....
Dahlah dia kerje jugak walaupun tak sihat.
Kerja malam pulak tu....
Bila risau... mulalah aku nak marah...
Lepas tu nak siapkan penulisan pun tak boleh...
Nak bukak email semak kerja budak2 yang diselia pun tak...
Haishhhh....
Cepatlah sihat en Zalee oiiiii...
Kesiankanlah saya ni :(

Gambar masa dia sihat... @~'~

Friday, December 27, 2013

ad hoc gathering

Beberapa hari lepas, aku dan en Zali dapat jumpa kawan lama masa study di University of East Anglia, Norwich dulu.

Dr Zuber Hassan dan Kak Supeni ( isterinya) dulu merupakan ketua perwakilan pelajar Malaysia masa kami kat sana. Sekarang ni, beliau merupakan Ketua Sektor unit Pendidikan Sukan dekat Kementerian Pendidikan. Kak Pini plak cikgu di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Aku masa belajar kat sana masa tu pergi sorang, jadi diorang yang banyak bantu. Another person yang sangat banyak memberikan bantuan is Kak Asmahan (UiTM) dan Dr Awang sekeluarga ( timbalan Naib Cancelor UM sekarang ni) Kalau takda diorang, tak taulah...

Masa En Zali datang sana sekejap, kami join keluarga Abg Zuber dan Kak Pini jalan2 ke Liverpool, Manchester dan... hmmm lupa dah.

Kali ni, diorang datang saja jalan2 ke JB ni...

Anak dara Abg Zuber ni dah besar dah... Dulu masa aku kat sana, dia masih sekolah rendah lagi. Ada sorang lagi anak bujang, tengah nak dekat exam ni... dia tak join.

Kak Pini tetap menten awet muda jek macam dulu. Aku je yang dah plus size hihihi....Yang belah kanan tu anak sedara kak Pini. Baru lepas SPM.

Kami makan kat Stulang Laut. Makan nasi goreng seafood. Aku dgn en Zali pun tak pernah makan kat sini.... kitorang ni bukan pandai sangat tempat2 makan sedap kat JB ni. Main redah jek... Ni pun Abg Zuber yang suggest sebab adik dia pernah makan kat sini....

Seronok sangat dapat jumpa diorang.... bilalah nak jumpa lagi agaknyer.


Monday, December 23, 2013

aktiviti hari sabtu

Sabtu lepas ada 3 agenda

1. kerja...
Terpaksalah bawak budak 3 beradik ni masuk pejabat. Nak tinggal, kesian tokmak dia. Susah betul nak concentrate kalau sekejap2 lapar, sekejap2 nak kencing, sekejap2 tanya kenapa takda wifi...


2. anak-anak
Walaupun abah diorang keje hari ni... takkanlah diorang dok kat umah jek. Dahlah hari keje pun tak gi mana2. Kat umah, channel kartun pasang password. Tablet tak boleh main masa hari siang ( itu saya punyer undeng-undeng >__< ) makanya, bawaklah diorang singgah MCD dekat dgn pejabat ni...


Dapat main dan makan :)


3. Rumah
Kesian betul rumahku yang tunggang langgang ini. Baju yang tak kering2 sebab hujan hari2. Nasib baik hujung minggu lepas panas, kalau tak lagiiiii susah.

Alhamdulillah.

20% kerja
60% anak-anak
20% rumah.

Bolehlah... :)

HS Giveaway

Hanasakura buat giveaway... i love to read her blog especially masa dia kat Jepun dulu... walaupun bukan souvenior dari Jepun.... tetapppp nak joinnnnn...

Hadiah dia best tau....Hadiah apa? Ni diaaaaa....





Sesiapa yang bertuah akan dapat salah satu dress tu ok!

Kalau nak join jugak... klik sini.

HS Giveaway

akan berakhir pada 31 Disember 2013.... banyak masa lagiiii... lai lai

Thursday, December 19, 2013

stress release

My punching bag, my bolster, my counselor, my love....


Thank you for listening to me, comforting and love me back :)

Tuesday, December 17, 2013

Upah haji di Johor Bahru

Tahun lepas, ayah meninggal semasa melaksanakan haji di Mekah. Alhamdulillah, dia dah selesai wukuf dan melontar... cuma tinggal tawaf dan saie haji sahaja. Selepas buat tawaf dan saie tulah , arwah ayah ditemui sesak nafas di kawasan Masjidil Haram. Nasib baik mak pergi dengan Mak Andak, jadi ada jugaklah kawan semasa kejadian tu. Mereka pergi bertiga, balik berdua...

Oleh kerana ayah buat tawaf dan saie sorang jek, kawan dia tak ikut sekali, cuma tunggu kat kawasan masjid, maka... mak tak pasti samada ayah sempat selesai atau tidak. Kalau ikutkan ustaz... sepatutnya dah selesai sebab masa jumpa Ayah dah pagi sedangkan ayahpergi saie dan tawaf pukul 2 pagi lagi... Tapi, bila setiap kali orang kata pada mak yang ayah mungkin belum selesai... dia jadi tak sedap hati. Makanya, mak nak buatkan ayah haji badal.

Aku tanya pada jiran, dan beliau sarankan supaya kami pergi ke Capaian Inspirasi Sdn. Bhd yang diketuai oleh Ustaz Ismail. Pejabatnya di Tingkat 1, Menara Ansar. Sebelah Galleria atau dulunya dikenali sebagai Kotaraya. Kalau pi sana bolehlah try Kentang Londonnn...
Ni gambar kat depan pejabat dia...

Alamat penuh dia :
CAPAIAN ASPIRASI SDN BHD
S10, Podium 1,
Menara Ansar, 65 Jalan Trus,
80000 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
Tel / Fax : 07-2224002
Email : ismailm@jcorp.com.my

Harga upah cuma RM1500 sahaja. InsyaAllah Ustaz Ismail kata tak naik untuk tahun 2014 nanti. Kalau nak buat upah haji,silalah ke sini. Kalau nak ikut tabung haji, agak susah sikit. Sebab dibuka untuk 3000 orang sahaja.

Syarikat ni juga ada buat Qurban dan Akikah di Kemboja. Kalau nak ikut sekali pun boleh. Silalah ke laman web mereka ye. InsyaAllah, hati tak rasa was-was.

Thursday, December 12, 2013

Muhasabah diri

Setiap kali menemankan emak untuk peperiksaan kesihatan di klinik kerajaan, aku suka memerhatikan pesakit yang datang. Pelbagai bangsa, agama, umur dan cerita mereka.


Satu yang aku kerap nampak dan sangat menyentuh hati adalah apabila atuk membawa cucu untuk peperiksaan kesihatan. Bayangkan, seorang ibu tua yang berumur lebih 60 tahun, mengendong anak kecil sambil menunggu di depan pintu bilik doktor. Kadangkala, dia ditemani oleh cucu yang lebih besar dalam lingkungan umur 5 hingga 9 tahun. Dapatlah menolong tolakkan stroller atau pegangkan botol susu adiknya. Tidak mahu bersangka buruk, memikirkan dimana ibu dan bapa anak tersebut. Mungkin mereka telah tiada di bumi Allah ini, atau terlalu sibuk bekerja mencari sesuap nasi.... kasihan... kasihan pada si anak, ibu dan bapa, dan lebih2 lagi... atuk yang sehingga ke usai usianya masih lagi menanggung tanggungjawab menjaga sikecil yang belum kenal erti dunia...


Satu lagi pandangan yang meruntun hati, apabila melihat anak menemankan orang tuanya mendapatkan rawatan. Ada yang berkerusi roda, bertongkat mahupun yang mampu berjalan tetapi terketar-ketar melangkah. Alhamdulillah kerana ada tangan yang memimpin mereka sepanjang masa.


Setiap kali itu juga, aku fikirkan diri... bagaimanakah aku melayan emak, sementara arwah ayah telah tiada. Semakin dia dimamah usia, adakah aku memberikan perhatian yang secukupnya. Adakah aku menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya. Mudah2 an aku tidak mewujudkan fitnah setiap kali orang melihat emak, sambil memikirkan... anak2 berpendapatan besar... takkan menjaga emak seorang pun tak mampu...

Hmmmm... takutnya aku....


Wednesday, December 11, 2013

Hari-hari terakhir di tempat kerja

Ni bukan cerita pasal aku, tapi pasal En Zali.

Minggu ni adalah minggu terakhir dia ditempat kerja sekarang. Baru 2 tahun dapat berpindah ke sini, kilang tempat kerja dia skang ni akan ditutup pula. Semua pekerja samada berhenti dengan sedikit pampasan atau dipindahkan ke kilang lain.



Kadang-kadang, bila lihat staf yang datang lambat atau tak datang kerja suka-suka hati, atau buat masalah macam tempat kerja tu diorang yang punya... rasa sedih sangat. Kalau diorang berada ditempat suamiku dan kawan2nya... baru mereka sedar agaknya.

Nasib baiklah En Zali akan ke kilang baru mulai Isnin minggu depan. Banyak desas desus menyatakan bahawa kilang ni pun takkan bertahan lama. Tapi, takpalah. Sementara ada rezeki, kami redha sahaja apa yang dapat.

 Beringatlah di masa senang ye kawan-kawan... tak taulah bila kita akan ditimpa kesusahan... (Peringatan untuk diri sendiri ...)

Sunday, December 8, 2013

checklist barang sekolah anak-anak

No 1 naik darjah 3.
No 2 naik darjah 1.
No 3 masuk tadika 5 tahun.

Done
Beli baju sekolah kebangsaan
Beli baju tadika
Beli baju sekolah agama
Beli baju panas dan panties
Beli Tracksuit dan tshirt sukan
Kasut sekolah
Stoking
Beg sekolah
Kitab sekolah agama


Belum siap
Yuran sekolah kebangsaan
Yuran tadika
Yuran sekolah agama
Alatulis

Yuran kena tunggu hujung tahun dan masa daftar nanti.
Alatulis tunggu promosi kedai alatulis kat kawwasan umah aku ni...

Satu lagi nak kena buat, repair baju sekolah agama dan samping sebab panjang sangat lengan dan kaki dia.

Korang sumer dah ready ker ;)

Wednesday, December 4, 2013

away from home...

Hari ni sampai esok, aku kat sini ... International Congress on Engineering Education( ICEED 2013 Conference) anjuran University Teknologi Mara dan IEEE Advancing Technology for Humanity di Hotel Grand Dorset, Subang Jaya, Selangor.

Bilik...

Sesi pembentangan...

Seronok tengok para Professor, Prof Madya dan Para Doktor berbincang, berdebat etc... Aku jadi pemerhati jekkk... belajar sepanjang hayat ;)

Tuesday, December 3, 2013

Kidszooona AEON Kulaijaya

Kawasan permainan untuk anak2 kat AEON Kulaijaya adalah besarrrrr....

Buktinya...

Jumping zone...

Parents waiting area pun selesa...

Jumping zone lagi....


No 3 ...

No 1 dan No 2

Harga?

Weekdays RM10.00
Weekends RM15.00

Unlimited time dalam ni....

Kopak RM45.00 abah diorang... hihihih anak punyer pasallllll....

Sunday, December 1, 2013

AEON Kulaijaya : Food Avenue

Bawa anak2 jalan-jalan kat AEON Kulai yang baru je bukak. No 1 dok bising ... boring katanyer dok umah. Tak reti2 abah diorang penat. Tapi, anak pnyer pasal... ikutkan jerlah.


Ramainyer orang kat sini. Kitorang makan kat Food Avenue dia. Nak beli makanan, kena pakai kad.

Jangan risau... baki kad boleh refund dekat mesin....

Banyak pilihan..


Alhamdulillah... kenyang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...