Tuesday, July 29, 2014

raya kedua, sesi ziarah menziarahi

Tahun ni cuti tak panjang. Raya pertama kat umah mak, beraya dengan adik beradik. Lepas zohor beransur ke rumah mertua. Jalan agak sibuk menyebabkan perjalanan yang biasanya mengambil masa 2 jam... menjadi 3 jam. Nasib baik anak2 tidur sepanjang perjalanan.

Bila hari raya kedua, takda pilihan lain... semua rumah wajib mesti pergi. Pagi2 lagi aku sekeluarga dan mak serta abah mentua bergerak ke rumah adik bongsu en Zali di Merlimau Melaka. Lepas tu, kami ke rumah keluarga mentua adik en Zali di Kg Serkam. Lama jugak kami kat sana. Oleh kerana pagi-pagi lagi dah hujan, maka cuaca jadi sejuk. Tak terasa bahang panas walaupun dah menjangkau 12 tengahari.

Balik dari sana, kami singgah umah Kakak ibu mentuaku yang ku panggil Mak Long. Awal-awal lagi dia dah siapkan mi hailam kegemaran en Zali. Setiap tahun, memang ku tunggu untuk kerumahnya. Dapat menatap wajahnya yang semakin uzur, dan mendengar khabar serba sedikit .... menyentuh hati kecilku... bila lah lagi agaknya dapat kami bertemu lagi. Masih ada lagikah tahun hadapan buat kami... hmmmm

Rumah arwah mak ngah ( kakak mak mentuaku yang no 2) tak kami singgah tahun ini. Seri dah kurang semenjak keduanya meninggalkan kami buat selamanya. Anak2 arwah pun tak semuanya ada... masing2 kebanyakannya balik umah mentua masing2...

Rancangan awalnya, nak balik ke rumah mak sedaraku... adik2 sepupu ajak berkumpul buat barbeque... makan2 sambil sembang2 ... tapi tak dapat nak pergi. Kami ke rumah adik mak mentuaku yang lelaki ( Pak Andak ) satu2nya. Rasa suka sangat hati bila melihat dia dah mampu berdiri dan berjalan... berbanding tahun sebelumnya... malah dah mampu ke kedai yang diuruskan oleh anaknya kini... Alhamdulillah... moga beliau semakin sihat... Aminnnn...

Bila balik rumah... adik mak yang bongsu pulak datang sekeluarga.... riuh rendah suasana... seronok betul dengar hilainya ... lebih2 lagi bila dah bertambah lagi seorang menantu... juga kerana 2 orang cucunya semakin cerdik dan petah berkata-kata...

Malamnya kami akhiri ziarah ke rumah adik en Zali yang no 2. Kami dijamu dengan nasi tomato yang sungguh istimewa. Anak2 makan sambil bersembang... tak perasan bertambah kali kedua dan ketiga... meriahnya suasana raya. Sedar2 dah lebih jam 10 malam... tak perasan masa dek pelbagai cerita suka dan duka...

Moga2 semakin erat hubungan silaturrahim antara kita...
Kau panjangkanlah umur mereka
Kau murahkanlah rezeki mereka
Kau sihatkanlah tubuh badan mereka
Kau rahmatilah hidup mereka
Padamulah ku pohon Ya Allah.
Berilah aku dan keluargaku peluang bertemu mereka lagi tahun hadapan.... Aminnnn

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...