Thursday, March 27, 2014

family simple gathering

Lama tak keluar sekali dengan adik beradik. Last sekali masa main boling dekat Angsana. Semalam kami kumpul untuk main badminton.

Adik ipar dan anak sedara...

En Zali lama tak pegang reket badminton...

Ada satu court jek... boleh jek kalau nak kannnn...

Ganti-ganti pegang dak kecik ni...

Ada sorang lagi baby, anak adikku. Tapi tak snap gambar dia plak. Mak-mak main satu game jek... bapak-bapak main 3 game ganti2. Anak-anak main ikut suka diorang... hihihi....Bila dah penat main badminton, diorang main bola. Entah mana diorang jumpa bola agaknye....

Seronok, walaupun kejap jek. Might do this again.... Tapi... bila balik... sakitnyeeeee badan :(

Sunday, March 23, 2014

Rawatan terapi ozone

Hari ni, en Zali pergi buat terapi ozone kat Muar. Adik, abah dan mak mertua dah buat 2 kali. Baru ni kita nak cuba. Aku tak buat dulu, tunggu second time. En Zali ada darah tinggi, dan kolesterol. Banyak yang kata boleh kurangkan kolesterol dengan proses rawatan terapi ozon ni... Jadi ginilah jadinya...


Diorang masukkan bius dulu kat kawasan nak masukkan tiub tu. Supaya tak sakit sangat. Tangan belah kiri, keluar darah... masuk ke filter dan ditambahkan ozone, kendian saluran darah dimasukkan kembali ke tangan belah kanan.


Darah belah kiri ( keluar dari badan) warnanya hitam dan ada banyak lipid(kolesterol) yang keluar. Sampai salur tiub tu kena dijaga sebab takut tersumbat oleh 3 orang nurse. Darah yang masuk semula sebelah kanan lebih cerah waarnanya.


Ini toksin yang keluar dari darah en Zali. Diorang kata, kalau ada masalah buah pinggang atau gout, warnanya lebih kotor. Yang berbuih tu protin.

Sepatutnya pesakit akan rasa lebih segar selepas rawatan sebab darah yang mengandungi oksigen (O2) akan disedut keluar dari pada tubuh oleh mesin khas menghasilkan ozon (O3), sejenis oksigen yang baik bagi merangsang kimia nitrat oksida dalam badan. Di samping itu, proses penapisan toksin juga akan berlaku sebelum darah yang sudah disaring masuk kembali ke dalam tubuh.

En Zali kata rasa badan lebih ringan... Alhamdulillah. Mungkin akan buat lagi bila balik tengok mak dan abah mertua nanti. Mudah2 an... turun tekanan darah dia. Tapi tetap kena jaga makan dan bersenam... Jangan pulak berhenti makan bat ye kawan2, ni alternatif atau supplement jek.... Kalau nak tau lebih lanjut, cuba klik link berikut :- http://www.hmetro.com.my/articles/Terapiozonbersihdarah
http://www.ozone-hidup-sihat-tanpa-ubat.com.my/
http://idafauzi.blogspot.com/2012/05/rawatan-terapi-ozone.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...